PPSL
Seperti sudah dimaklumkan di entri sebelum ini,PPSL merupakan Pembimbing Program Siswa Lestari. Program Siswa Lestari ialah Minggu Siswa Lestari atau orientasi untuk pelajar baru setiap sidang akademik. Pembimbing Program Siswa Lestari hanyalah maksud pada perkataan. tetapi maksud PPSL itu sendiri sangatlah dalam.
PPSL ialah komuniti mahasiswa yang mempunyai semangat cintakan universiti, dan bersama-sama universiti dalam menjayakan Minggu Siswa Lestari. PPSL ialah sebuah entiti penting yang turut menjadi sebahagian daripada organ universiti dalam memacu transformasi pendidikan tinggi di USM dan negara amnya. Mungkin kenyataan ini kedengaran terlalu boombastik, namun itulah hakikat yang perlu digalas oleh setiap pemegang amanah dan tanggungjawab sebagai PPSL di seluruh kampus yang terlibat.
PPSL kini bertindak bukan sekadar sebagai pembimbing kepada mahasiswa-mahasiswi Tahun Satu yang baru menjejakkan kaki ke USM, bahkan kumpulan ini jugalah yang menjadi ‘kaunter hadapan’ dalam mengetengahkan sistem dan identiti universiti kepada umum terutamanya ibu bapa yang baru pertama kali menjenguk dunia kampus ini. Hal ini bagi kami cukup penting. PPSL ialah manifestasi kejayaan pengurusan sumber manusia yang signifikan kerana mereka mengatur dan memudahkan urusan lebih kurang 3000 orang pelajar baharu setiap sidang dengan kekuatan penggerak yang kecil. Tanpa pengurusan yang sistematik seperti yang dimainkan oleh PPSL, adalah mustahil mobiliti manusia yang besar ini mampu dihalakan mengikut arah tuju yang betul! Semuanya kini menjadi bukti kemampuan warga USM, dan PPSL adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pengurusan ini dengan begitu mengagumkan.
PPSL USM. Dulu , Kini , Selamanya.
No comments:
Post a Comment